Betul ke pakai kanta lekap boleh batal puasa?

0
2

PEMAKAIAN kanta lekap kini bukan lagi satu trend malah menjadi keperluan sebagai alternatif untuk membantu penglihatan selain daripada menggunakan kaca mata.

Namun begitu, ada segelintir yang tidak membenarkan pemakaian kanta lekap ketika berpuasa, kerana dikatakan boleh membatalkan puasa.

Adakah benar begitu hukumnya?

Pendakwah Nurul Syafiqah Mohamed Hanafiah atau lebih dikenali sebagai Da’i Syafiqah tampil menjelaskan kekeliruan itu dengan berkata, para ulama mengqiaskan hukum memakai kanta lekap dengan hukum bercelak kerana ia berkaitan dengan mata.

“Antara perkara yang membatalkan puasa seseorang adalah dengan memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti mulut, telinga, qubul dan dubur.

“Jadi, mata tidak termasuk dalam kategori rongga terbuka tadi,” katanya dalam video Soal Jawab Netizen Edisi Ramadan, oleh Sinarplus.

Ia sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Anas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Bahawa dia yakni Anas bercelak padahal ketika itu dia sedang berpuasa.” (Riwayat Abu Daud)

Jelas Da’i Syafiqah, Imam an-Nawawi dalam kitab al-Majmu’ Syarh al-Muhadzzab berkata, diharuskan bercelak berdasarkan riwayat daripada Anas bahawa beliau bercelak ketika berpuasa kerana mata bukannya ruang rongga yang terbuka.

“Maka, tidak batal puasa dengan apa yang sampai melalui mata. Menurut Mazhab Syafie, hukum bercelak adalah harus dan tidak membatalkan puasa.

“Begitu jugalah dengan hukum memakai kanta lekap yang diqiaskan dengan hukum bercelak, maka harus hukumnya berbuat demikian dan ia tidak membatalkan puasa,” ujarnya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here