DATUK Seri Mohamed Azmin Ali yang sah menyertai Bersatu minggu lalu, hari ini memuat naik tiga rangkap pantun di laman sosial Facebook miliknya.
Menerusi hantaran itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkenaan memaklumkan beliau dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyimpan satu rahsia besar.
Rahsia berkenaan, diungkapkan beliau menerusi pantung tiga rangkap tersebut.
Berdasarkan pantun itu, bekas Timbalan Presiden PKR berkenaan seakan-akan mahu memberitahu tidak wujud Langkah Sheraton yang membawa kepada tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH), seperti digembar-gembur pelbagai pihak.
Sebaliknya, ia memberi gambaran bahawa apa yang berlaku adalah ‘langkah kanan’.
Berikut tiga rangkap pantun daripada Azmin:
Di laut China ada naga,
Disambut dengan membakar mercun;
Kenapa gerangan mabuk bertanya,
Apa cerita Langkah Sheraton
Besarnya naga tidak terkira,
Berenang ke pantai mendengar mercun;
Jangan ada yang terperdaya,
Mana ada Langkah Sheraton
Muhyiddin Yassin dari muara,
Bertemu Azmin berjabat tangan;
Demi untuk selamatkan negara,
Mereka lakukan Langkah Kanan.

