Nilam Oshman
KES baharu Covid-19 hari ini menurun kepada 2,881 kes, selepas tiga hari berturut-turut mencatat kes melebihi 3,000.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah keseluruhan kes Covid-19 di negara ini kini 411,594 kes.
Selangor kekal mencatatkan jangkitan tertinggi mengikut negeri iaitu 759 kes, menurun berbanding semalam 1,265.
Ia diikuti Sarawak (445), Kelantan (442), Kuala Lumpur (315), Johor (310) dan Pulau Pinang (133), dan Kedah (111).
Sementara, Negeri Sembilan (89), masing-masing 64 kes di Perak dan Sabah, Melaka (54), Pahang (47), Terengganu (42) serta 3 kes di Labuan dan Putrajaya manakala Perlis (0).
Semalam, kes baharu tertinggi dicatatkan untuk bulan ini iaitu 3,788 berbanding 3,332 kes kelmarin. Sementara, pada 28 April lalu 3,142 kes dicatatkan. – Malaysiapost

