Audio Hamzah: Tamparan hebat kepada sistem pentadbiran negara

0
1

ANGKATAN Muda Keadilan (AMK) menyifatkan campur tangan politik dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) disifatkan satu tamparan hebat yang merobek sistem pentadbiran negara.

Ketuanya Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata pendedahan yang Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador semalam disifatkan satu penghinaan terhadap anggota polis bagi memenuhi serta melindungi kehendak politik sesetengah pihak.

Sehubungan itu, beliau meminta Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang diletakkan di bawah Parlimen perlu segera diwujudkan bagi menyiasat skandal terbesar yang mencemarkan negara dan nama baik PDRM.

“Negara semalam dikejutkan dengan pengakuan terbuka Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang bahawa beliau merupakan individu dalam audio yang tular di media sosial berhubung dakwaan campur tangan dalam pelantikan polis. Pada 12 April lalu, beliau menafikan campur tangan tersebut.

“Audio itu perlu diberi perhatian serius apabila pelantikan pegawai tinggi polis tidak lagi berpandukan merit yang sepatutnya tetapi lebih kepada memilih ‘kroni’ menteri,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata, pengakuan Hamzah secara terang-terangan merupakan suatu penyalahgunaan kuasa serta kedudukannya sebagai menteri dan Pengerusi Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP).

“Walaupun Hamzah merupakan Pengerusi SPP namun beliau tiada kuasa mutlak dalam membuat keputusan dan masih mempunyai limitasi yang perlu dipatuhi.

“Semua keputusan tersebut perlu melalui proses saringan berdasarkan kriteria dipersetujui oleh SPP.

“Bagaimanapun pendedahan dan pengakuan Menteri KDN telah mencemarkan nama baik SPP dan memberikan isyarat bahawa suruhanjaya itu tidak bebas dan bertindak hanya dengan telunjuk menteri,” katanya.

Beliau berkata, ianya lebih malang apabila aduan oleh Ketua Polis Negara itu telah disampaikan sendiri kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

“Gejala sebegini masih terus berlaku tanpa ada sebarang tindakan susulan bagi mengekang budaya ini dari terus berleluasa,” katanya. – Malaysiapost.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here