Kerajaan akan nilai semula pelaksanaan PKP – PM

0
2

KERAJAAN akan menilai semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuat kuasa khususnya di negeri-negeri yang sedang mengalami peningkatan kes positif Covid-19 secara mendadak.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata penilaian semula itu penting untuk memastikan prosedur operasi standard (SOP) yang berkuat kuasa dan tindakan yang diambil adalah berkesan untuk membendung penularan Covid-19 yang sedang meningkat di negara ini dan seluruh dunia.

“Kerajaan telah menggunakan sistem amaran awal iaitu Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE) bagi mengenal pasti kawasan atau premis berisiko menyumbang kepada penularan Covid-19.

“Premis-premis ini akan diarah tutup jika dikesan telah dilawati oleh sejumlah besar individu yang positif Covid-19,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Perdana Menteri langkah ini adalah selari dengan keputusan kerajaan untuk mengawal dan membendung penularan jangkitan Covid-19 secara bersasar. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here