SPRM segera siasat Ahli Parlimen lompat parti – Razlan

0
2

INTEGRITI Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan terus tercalar jika masih ‘menutup mata’ berkaitan ugutan dan rasuah politik yang melibatkan Ahli Parlimen yang melompat parti menyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Razlan Rafii, berkata dakwaan secara terbuka Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Abdul Hamid Bador bahawa wujud perbuatan merasuah dan mengugut Ahli Parlimen perlu segera disiasat SPRM.

“Apabila mendengar sendiri apa yang dibangkitkan oleh Tan Sri Hamid Bador, ianya adalah satu jenayah jelas kewujudan rasuah di dalam proses lompat parti untuk beralih sokongan kepada Kerajaan PN hari ini.

“Siasatan mesti dijalankan, mustahil seorang KPN membangkitkan isu ini tanpa ada asas. Sudah pasti ianya berasas.

“Melihat dari mata seorang KPN di mana wujud jenayah merasuah Ahli Parlimen. Bukan itu sahaja, KPN mengatakan wujud ugut mengugut bagi memastikan Ahli Parlimen sebagai sasaran demi mendapatkan undi kepada PPBM, ini merupakan jenayah yang paling jijik dalam menggunakan instrumen kerajaan demi kuasa.

“Saya mendesak SPRM kembali kepada Suruhanjaya yang bebas dan berani malah jangan tunduk kepada mana-mana pihak. Perlu berani dan telus dalam menyiasat tuduhan ini. Jangan takut dalam menjalankan amanah yang diberikan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Razlan menegaskan, mana-mana Menteri yang menyalah gunakan kuasa dengan terbabit dalam amalan rasuah boleh dihukum seperti mana yang pernah berlaku kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“SPRM tidak boleh bertindak ibarat menutup sebelah mata melihat jenayah ini berlalu begitu sahaja.

“Saya masih ingat, kes Anwar Ibrahim sekitar tahun 90an, beliau disabitkan kesalahan hanya kerana menyalah guna kuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri dan dipenjarakan 6 tahun, kali ini kesalahan “salah guna kuasa” ini lebih jijik dan terbuka apabila ramai Ahli Parlimen di ugut untuk menyokong PN.

“Ahli Parlimen yang di ugut pula, jangan jadikan diri anda sebagai bahan ketawa oleh rakyat kerana melompat demi habuan dan ugutan, beranikan diri anda untuk membongkar kezaliman ini,” kataya.

Semalam, secara sinis Abdul Hamid menggesa SPRM menyiasat perkara itu dan tidak hanya tahu menyiasat pihak polis menerima rasuah.

Kata Abdul Hamid, beliau menentang rasuah dalam PDRM, namun pemimpin politik telah membudayakan rasuah.

Sebelum ini beberapa pemimpin politik pembangkang bertindak melompat parti dengan menyokong kerajaan PN

Pada 13 Mac lalu, bekas Naib Presiden, PKR Xavier Jayakumar yang pegawainya terbabit dalam skandal rasual menjadi ahli Parlimen terbaru meninggalkan parti itu dan menyokong Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here