PN gagal utamakan masa depan digital negara – Guan Eng

0
2

KERAJAAN Perikatan Nasional (PN) didakwa gagal dalam ujian mengutamakan masa depan digital Malaysia, sebaliknya memberi keutamaan kepada politik mereka sendiri, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Beliau berkata, tindakan itu semata-mata bagi menjaga air muka Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang juga Menteri Pengangkutan, demi memastikan sokongan dua Ahli Parlimen MCA kepada kerajaan PN.

“Pelaburan digital Malaysia bernilai RM12-15 bilion tidak sepenting 2 MP (Ahli Parlimen) MCA, kritikal bagi kerajaan PN yang tidak mampu kehilangan mana-mana Ahli Parlimen selepas hilang majoriti parlimen,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Kenyataan Guan Eng itu berhubung kait laporan keputusan Kabinet mengarahkan enam kementerian untuk teliti kesan dasar kabotaj negara terhadap industri digital dan perkapalan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata, kementerian berkenaan mempunyai 14 hari untuk mengemukakan cadangan mereka kepada kabinet.

“Menteri-menteri daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Kewangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Pengangkutan, Unit Perancang Ekonomi, Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (telah) diarahkan untuk meneliti kesan terhadap pelaburan digital dan (industri) perkapalan negara,” katanya.

Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, setelah tamat tempoh dua minggu yang diberikan kerajaan, tiada sebarang berita mengenai masa depan digital negara.

“Tiada sebarang tindakan terhadap hasil kajian semula ini adalah perkara biasa bagi sebuah kerajaan yang gagal,” kata beliau. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :
https://malaysiapost.com.my/2021/04/17/dap-tidak-pernah-berkiblatkan-kaum-guan-eng/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here