Selangor panggil sidang khas JKKN esok

0
4

KERAJAAN Selangor akan memanggil sidang khas Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negara (JKKN) bagi meneliti semula pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri itu, esok. 

Menteri Besar, Datuk Seri  Amirudin Shari berkata mesyuarat berkenaan diadakan susulan peningkatan kes positif Covid-19 di Selangor yang melepasi empat angka hari ini serta mencatatkan kes harian tertinggi untuk tiga hari berturut-turut. 

“Mesyuarat esok akan mengangkat syor-syor pelaksanaan PKPB di Selangor kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi pertimbangan kerajaan Persekutuan,” katanya menerusi Twitter hari ini. 

Selangor hari ini kekal mencatatkan jangkitan tertinggi mengikut negeri iaitu 1,083 kes, sedikit naik berbanding semalam 1,019. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here