Isu petugas kesihatan tak dapat elaun akan diselesaikan

0
3

[Covid-19] KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) akan menyelesaikan isu sebilangan petugas kesihatan di Hospital Sungai Buloh yang tidak mendapat elaun khas Covid-19 diperuntukan oleh kerajaan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia kemungkinan disebabkan permohonan tuntutan elaun tidak lengkap, namun akan diselesaikan agar kerana pengorbanan dan susah payah petugas barisan hadapan amat dihargai.

“Saya baru tahu dan sudah maklumkan kepada pengurusan bahagian kewangan untuk menyelesaikan isu ini secepat mungkin.

“Namun, bukan semua hospital cuma sesetengah pejabat. Saya diberitahu tentang permohonan ‘claim’ tak lengkap jadi kami akan menyiasat hal ini. Ini tidak adil kepada pegawai kesihatan kami terutama ‘frontliner’.

Semalam, sebuah laman web menyiarkan luahan seorang pegawai perubatan yang mendakwa masih belum menerima sebarang elaun perpindahan, ‘on-call’ dan elaun khas petugas barisan hadapan Covid-19.

Beliau ditempatkan di Hospital Sungai Buloh pada Mac untuk bersama membantu usaha membendung penularan Covid-19. – Malaysia Post