Lelaki gila seks berbasikal diburu polis

0
2

POLIS mengesan seorang lelaki berbasikal dipercayai gila seks kerana melakukan kelucahan terhadap seorang wanita di Taman Limau Manis, di Kota Bharu pada Selasa lalu.

Dalam kejadian pada jam 9.25 pagi itu, mangsa berusia 23 tahun meletakkan kereta di tepi jalan untuk ke tempat kerja.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, mangsa yang berada dalam kereta dihampiri suspek yang menunggang basikal.

“Mangsa yang menyangkakan suspek orang kurang upaya (OKU) pengemis kemudian memberikan wang RM1.

“Suspek bagaimanapun bertindak membuka zip seluarnya dan menunjukkan aksi menggosok kemaluannya di hadapan mangsa yang berada di dalam kereta,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Rakaman perbuatan suspek turut tular di media sosial yang memaparkan lelaki berbaju T berwarna hijau berlegar-legar di lokasi mencari peluang mendekati kereta mangsa.

Mangsa yang turun dari kereta tiba-tiba dikejar suspek sehingga ke simpang tiga, namun kehadiran sebuah kereta lain menyelamatkan mangsa daripada kejadian lebih teruk.

Lokasi kejadian sama dengan kes kejadian lelaki bermotosikal berbaju coklat yang mencabul wanita dengan memegang punggung mangsa tidak lama dahulu.

Beliau berkata, terdapat kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian yang merakam perbuatan suspek.

“Usaha mengesan suspek dijalankan polis bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kelucahan dan mengaibkan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here