Tak boleh rentas negeri sampai Aidilfitri

0
2

BUAT tahun kedua, umat Islam di negara ini tidak dapat balik beraya di kampung susulan pengumuman larangan rentas negeri yang diumumkan kerajaan hari ini.

Perkara itu itu diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media berkenaan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.

Larangan itu selaras dengan pelanjutan PKP, PKP Bersyarat (PKPB) serta PKP Pemulihan (PKPP) di seluruh negara.

Ketika mengumumkan keputusan itu, Ismail Sabri berkata, prosedur operasi standard (SOP) bagi semua negeri-negeri yang dikenakan PKP, PKPB dan PKPP masih sama, antara lain rentas negeri tidak dibenarkan.

“Pergerakan rentas negeri hanya dibenarkan bagi aktiviti perlancongan dari negeri PKPP ke negeri PKPP adalah melalui konsep ‘green travel bubble’.

“Pergerakan dibenarkan menggunakan syarikat dan agen pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sahaja.

“Pergerakan rentas daerah dibenarkan kecuali Sabah dan Sarawak atas keputusan kerajaan negeri,” katanya dalam sidang media khas, hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, semua 10 jajahan atau daerah di Kelantan terus kekal di bawah PKP bermula 29 April sehingga 17 Mei ini.

Lima negeri yang kekal dengan status PKPB iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Sarawak.

Selain itu, oleh kerana zon hijau semakin berkurang dan zon merah maka status negeri Sabah bertukar daripada PKPP ke PKPB.

Negeri yang dikekalkan status PKPP Perlis, Kedah, Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Putrajaya, Labuan.

“Pengekalan status PKP, PKPB dan PKPP bagi negeri-negeri ini akan berkuat kuasa bermula 29 April 2021 sehingga 17 Mei 2021 KECUALI Sarawak yang bermula 27 April sehingga 17 Mei 2021,” ujarnya.

Umat Islam dijangka menyambut Aidilfitri pada 13 Mei depan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here