Kerajaan tidak pernah umum SOP rentas negeri Aidilfitri

0
1
Ismail Sabri

“ITU palsu, saya tidak pernah umumkan prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri,” kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, pengumuman yang dibuat adalah berkenaan SOP sambutan ketika Aidilfitri bukan pelaksanaan SOP rentas negeri.

“Ia termasuk tentang takbir, solat Aidilfitri, kunjung mengunjung sewaktu aidilfitri, menziarahi tanah perkuburan akan diumumkan,” katanya ketika sidang media khas, hari ini.

Beliau membuat kenyataan itu bagi mengulas pertanyaan media mengenai tular di media sosial pelaksanaan SOP rentas negeri bagi Aidifitri akan datang.

Ianya termasuk dakwaan kerajaan membenarkan pergerakan rentas negeri lima hari sebelum dan selepas Aidilfitri.

Ismail Sabri berkata, berkenaan isu kebenaran rentas negeri sewaktu Aidilfitri juga kerajaan tidak pernah mengumumkan sebarang SOP setakat ini.

“Tentang SOP rentas negeri itu juga, tidak benar sama sekali,” kata beliau. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here