Neelofa nafi perli abang burger

0
3

SELEBRITI popular, Neelofa menjelaskan tindakannya memuat naik gambar burger di InstaStorynya telah disalah erti banyak pihak terutama netizen.

Isteri kepada PU Riz itu menerusi hantaran tersebut, menulis kapsyen mahu menikmati burger semasa moreh malam nanti.

Tindakan Neelofa itu mengudang kemarahan berganda netizen terhadapnya selepas didakwa bertujuan untuk ‘memerli’ seorang peniaga burger yang dikompaun RM50,000 di Kelantan, kelmarin.

“Ya Allah.. ramainya yang salah anggap dan bersangka tidak baik.. before i posted the photo my lawyerhas contacted abg burger tu

“…. and we have also contacted pihak polis untuk tanyakan details tentang kompaun dia sebab saya minta untuk bantu selesaikan bayarannya dengan izin Allah.. Salam,” tulisnya di Facebook, sebentar tadi.

Terdahulu, Neelofa sekali lagi menjadi tumpuan netizen selepas memuat naik gambar burger dalam hantaran di InstaStory akaun Instagram peribadinya.

Tindakan itu selepas tidak sampai beberapa jam selebriti itu dikompaun bernilai RM60,000 kerana melangggar prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ia sekali gus mengundang salah faham dan rasa tidak puas hati di kalangan netizen yang menganggapnya keterlaluan.

Malah, netizen menyifatkan usahawan itu angkuh serta tidak menghormati sensitiviti kerana memerli orang yang tidak berkemampuan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here