KERAJAAN hari ini mengumumkan semua 10 jajahan atau daerah di Kelantan terus kekal di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 29 April sehingga 17 Mei ini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, lima negeri yang kekal dengan status Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Sarawak.
“Manakala, Sabah yang merekodkan zon hijau semakin berkurangan bertukar ke PKPB.
“Negeri yang dikekalkan status Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Perlis, Kedah, Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Putrajaya, Labuan,” katanya dalam sidang media khas, hari ini.
Ismail Sabri berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan situasi kes Covid-19 semakin meningkat berkaitan kluster aktiviti sosial dan kluster Pendidikan sejak dua minggu kebelakangan ini.
Beliau berkata, kes berkaitan rentas negeri juga kekal tinggi di Kedah, Perak Kelantan Melaka, Pahang dan Sarawak. – Malaysiapost.

