PAS unik berbanding parti politik yang lain kerana parti itu konsisten dari sudut dasar dan prinsip berlandaskan Islam kata Ketua Pemudanya, Khairil Nizam Khirudin.
Beliau berkata, disebabkan prinsip itu PAS secara konsisten dilihat parti yang tidak dikaitkan dengan rasuah kerana mempnyai nilai intergriti.
“Yang berubah hanyalah dari sudut kepimpinan dan cara berpolitik tetapi dari sudut dasar tetap sama iaitu Islam.
“Bila kita mengambil dasar politik Islam, ianya adalah mengenai prinsip integriti. Islam ini bercerita tentang pertimbangan dosa dan pahala.
“Sebab itu PAS secara konsisten dilihat parti yang tidak dikaitkan dengan rasuah,” katanya menerusi Facebook.
Mengulas lanjut, Khairil Nizam berkata, PAS mengutamakan prinsip, melaksanakan pendekatan versifat fleksibel dan berfikir kehadapan.
“Bila kita ada integriti, kita nak ambil duit sedikit pun walaupun 10 sen, RM1, kita tahu ALLAH SWT ada. PAS ini pertamanya diusuli dengan prinsip. Maknanya ia bersifat fundamental.
“Kedua, pendekatannya bersifat fleksibel selagi perkara itu dibolehkan syarak. Tidaklah kita mengambil pendekatan Machievelli, matlamat menghalalkan cara.
“Ketiga, ia berfikir ke hadapan. Sebab itu PAS ada blue print Wawasan Induk Negara Sejahtera 2051,” katanya. – Malaysiapost

