Sultan Johor guna pengacau ‘khas’ sediakan bubur lambuk

0
2

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar tampil sedikit kelainan dalam acara masakan bubur lambuk Istana Johor kali ini apabila kayu pengacau ‘khas’ akan digunakan baginda bagi menyediakan juadah istimewa itu esok.

Menerusi hantaran di Facebook, Sultan Ibrahim memberitahu, pengacau itu diperbuat daripada kayu giam dan turut dilengkapi hiasan ‘epoxy resin’ khas logo Sultan Ibrahim tahun 2021, hasil tangan tukang kayu peribadi baginda di Mersing.

Menurut hantaran itu, walaupun Sultan Ibrahim mempunyai jadual padat, ia tidak menghalang baginda memasak bubur lambuk untuk disampaikan kepada rakyat Johor.

“Pengacau ini disediakan oleh tukang kayu saya dari Mersing dan esok saya akan menggunakannya ketika memasak bubur lambuk,” titah Sultan Johor kepada Royal Press Office (RPO), hari ini.

Aktiviti masakan bukan sesuatu yang asing bagi Sultan Johor yang mahir menyediakan pelbagai juadah bersama kakitangan istana. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here