BAZAR Ramadan Greenwood di Gombak yang ditutup sejak Khamis lalu kerana gagal mematuhi garis panduan prosedur operasi standard (SOP), dibenarkan beroperasi semula hari ini.
Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menerusi hantaran di Facebook rasminya, memaklumkan mengenai pembukaan semula operasi bazar terbabit.
Rabu lalu, MPS mengarahkan Bazar Ramadan Greenwood itu ditutup selama empat hari bermula 22 April kerana gagal mematuhi SOP yang ditetapkan.
Pengarah Jabatan Korporat, Mohamad Zin Masoad ketika itu memaklumkan penyerahan notis tutup bazar dibuat mengikut Seksyen 18 (1)(f), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988( Akta 342) dan diserahkan kepada wakil pengelola JKP Zon 3 di Jabatan Pelesenan. – Malaysiapost

