Penonton tak kering gusi, ’18 Puasa’ raih kutipan RM3 juta

0
2

SIAPA sangka selepas 10 hari filem ‘18 Puasa Di Kampong Pisang’ arahan sutradara Mamat Khalid ditayangkan, berjaya meraih kutipan sebanyak RM3 juta.

Pencapaian tersebut sekali gus mencatat rekod sebagai filem tempatan paling laris di Astro First bagi tahun 2021 setakat ini.

Menurut Mamat Khalid, walaupun ditayangkan dalam era norma baharu, tetapi filem 18 Puasa Di Kampong Pisang mendapat sambutan positif penonton.

“Saya tak sangka filem ini mampu mencatatkan kutipan sebanyak itu dalam tempoh 10 hari. Terima kasih kepada semua penonton yang menerima baik filem ini.

“Insya-Allah, nantikan karya seterusnya eksklusif di Astro,” katanya dalam kenyataan.

18 Puasa Di Kampong Pisang mengisahkan sekumpulan penduduk Kampong Pisang masih melakukan kemungkaran di bulan Ramadan. Ketika Barkoba menikmati makanan di siang hari dalam semak samun, tiba-tiba berlaku satu insiden.

Dia telah didatangi si iblis dan membawa Barkoba kembali ke masa silam untuk mengimbau setiap tindak tanduk kesalahan yang dilakukan sepanjang hidupnya.

Barkoba mengabaikan zakat, menganaiyai orang lain, mengajak melakukan kemungkaran serta menyebabkan kecederaan dan kematian Kiambang.

Dapatkah Barkoba memperbetulkan kesalahannya yang lalu dan kembali ke dunia yang nyata dan berjayakah Barkoba menyelamatkan Kiambang?

Saksikan filem lakonan Bell Ngasri, Namron, Jaafar Onn, Siti Elizad, Kazar Saisi, Mat London, Joey Daud dan ramai lagi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here