Semua sekolah di Kelantan ditutup sehingga 1 Mei

0
3

JABATAN Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan malam tadi mengeluarkan arahan menutup semua sekolah di Kelantan sehingga 1 Mei susulan peningkatan kes Covid-19.

Perkara itu dimaklumkan Pengarahnya Zulkernai Fauzi menerusi dua notis pemakluman berasingan.

Dalam pemakluman semalam Zulkernai berkata, penutupan sekolah itu membabitkan tujuh daerah sahaja.

Namun keputusan itu berubah menjelang malam tadi apabilan JPN Kelantan mengumumkan sekolah di tiga daerah lagi iaitu Gua Musang, Kuala Krai dan Jeli turut ditutup sehingga 1 Mei.

“Penutupan ini kerana pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) dan mengambil kira situasi semasa.

“Semua pelajar yang tinggal di asrama perlu kekal berada di asrama,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, penutupan sekolah membabitkan tiga daerah itu diputuskan menerusi mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana (Khas) Negeri Kelantan- Penguatkuasaan Covid-19, semalam.

“Semua guru diminta untuk melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) berdasarkan kesesuaian dan keupayaan akses kepada komunikasi murid sepanjang penutupan sekolah.

“Semua pegawai pendidikan daerah hendaklah terus membuat pemantauan kesemua sekolah bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi,” kata Zulkernai.

Sebelum ini, JPN Kelantan mengarahkan sekolah ditutup membabitkan tujuh daerah bermula 18 hingga 22 April lalu susulan penguatkuasaan PKP di negeri itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here