PRU15: PAS Selangor sasar menang 7 kerusi Parlimen

0
2

PEMUDA PAS Selangor memaklumkan parti itu mensasarkan kemenangan sekurang-kurangnya di tujuh parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

Ketuanya, Hanafi Zulkapli, berkata jentera Dewan Pemuda PAS sudah membuat hampir 70 peratus persediaan bagi mencapai sasaran berkenaan dalam PRU15.

“Alhamdulillah, hari ini (semalam) merupakan penutup Jelajah #Youth4Green (#Y4G) setelah dimulakan sekitar dua bulan lepas, bermula di Parlimen Kapar dan berakhir di Parlimen Bangi.

“Persiapan ini jelas menunjukkan jentera Dewan Pemuda PAS yang terlibat benar-benar telah bersedia apabila perincian jentera mencapai melebihi 70% persiapan PRU-15,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, keputusan itu adalah lonjakan penting untuk memastikan semua parlimen yang disasarkan adalah realiti, bukan hanya omongan kosong.

“Pemuda PAS Selangor meneliti segala persiapan dan persediaan dalam menjayakan program #Y4G di peringkat Parlimen yang telah ditentukan, dan Pemuda PAS Selangor merasa teruja dengan segala perancangan yang telah berjalan ini.

“Dengan ini, Pemuda PAS menegaskan bahawa kami bersedia sepenuhnya untuk memenangkan sekurang-kurangnya tujuh Parlimen ini pada PRU15,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan tujuh kerusi Parlimen sasaran itu termasuk Kapar, Shah Alam, Sungai Buloh, Kuala Selangor,Hulu Langar, Kuala Langat dan Bangi. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/03/28/asyraf-wajdi-jangan-poyo-sangat-pemuda-pas/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here