Covid-19: Empat lagi kes baharu varian South African

0
3

INSTITUSI Penyelidikan Perubatan (IMR) mengenal pasti dan mengesahkan kewujudan empat lagi kes tempatan Covid-19 yang dijangkiti varian South African B.1.351 menjadikan jumlah terkini 21 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak tiga kes dilaporkan di daerah Kuala Langat

“Satu kes lagi merupakan kes pertama di luar Selangor iaitu kes yang disahkan di Hospital Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, melalui survelan genomik terkini bagi tempoh 15 April sehingga 23 April, sebanyak 29 kes Covid-19 telah menjalani jujukan genom penuh.

Katanya, survelan tersebut merangkumi negeri Johor, Selangor, Putrajaya, Sabah, dan Sarawak. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here