2,717 kes baharu, Selangor rekod kes tertinggi

0
2

JANGKITAN baharu Covid-19 hari ini mencatatkan 2,717 kes sekali gus menjadikan jumlah kumulatif di Malaysia adalah sebanyak 390,252 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah kes baharu itu, Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi dengan 768 kes baharu.

Katanya, enam lagi negeri yang mencatatkan kes baharu tiga angka ialah Sarawak sebanyak 570 kes, Kelantan (518) Kuala Lumpur (240); Pulai Pinang (134); Sabah (132) dan Johor (126).

Selain itu negeri lain turut mencatatkan pertambahan kes baharu hari ini iaitu Perak dengan 54 kes, Terengganu (50); Kedah (34); Melaka (30); Negeri Sembilan (27) dan Pahang (22).

Sementara, Putrajaya mencatatkan 11 kes, Perlis (1) dan Labuan tidak melaporkan sebarang kes baharu hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here