Desak Fahmi Reza dibebaskan, netizen serang Facebook Kit Siang

0
3
IPOH, 30 Jan -- Pereka grafik Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin, 40, yang didakwa atas pertuduhan memuat naik gambar aib pemimpin negara bertujuan menyakitkan hati orang lain, dalam akaun Facebooknya dua tahun lepas. Hakim Mahkamah Sesyen Murtazadi Amran hari ini menangguhkan keputusan kes terhadapnya pada 7 Feb ini selepas dimaklumkan Hakim Norashima Khalid yang mendengar kes itu sedang cuti sakit. --fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

FACEBOOK Pemimpin Veteran DAP, Lim Kit Siang diserang netizen yang marah susulan desakannya agar pihak berkuasa membebaskan pereka grafik, Fahmi Reza tanpa syarat dengan segera.

Netizen yang terdiri daripada pelbagai bangsa kesal dengan tindakan Kit Siang yang menyokong perbuatan menghina Institusi Di Raja itu.

Tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen menyerlahkan emosi mereka dengan menyifatkan Kit Siang telah lupa sejarah dan Perlembagaan Negara selain menggalakkan orang ramai untuk bersikap derhaka kepada Institusi Di Raja.

“Itu kesalahan menghina Raja Melayu la bukannya potical satire, Macam ni nak suruh orang Melayu sokong konsep ‘Malaysian Malaysia’ DAP…lupakan la,” kata netizen bernama Hamdi Ismail.

“Wrong move old man. Never support this fellow. Later in future many more will be less with moral value lead by this kind of act. U r wiser tha this,” ujar Mike-Dustan Jaong.

“Political Satire is not a Crime but Insulting Royal figures or Royal Institution is a crime under Sedition Act 1948!” kata Vijay Saravanan.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri menyertai beberapa pemimpin DAP lain yang mendakwa satira politik bukan satu jenayah.

“Malaysia dengan pantas melenyapkan jurang penindasan dan autorisme – contoh terbaru ialah penangkapan aktivis artis Fahmi Reza.

“Saya bergabung dengan gesaan untuk pembebasan Fahmi secara langsung dan tanpa syarat kerana satira politik bukanlah suatu jenayah.

“Yang paling menyedihkan adalah polis menceroboh masuk ke rumah Fahmi dan kerosakan pada pintu depan semasa penangkapan,” kata Kit Siang dalam satu kenyataan, hari ini.

Beberapa pemimpin DAP sebelum ini secara terbuka mahu supaya Fahmi dilepaskan kerana mendakwa satira politik dan seni bukan satu jenayah.

Antaranya, Ahli Parlimen DAP Bandar Kuching Kelvin Yii Lee Wuen yang berpandangan satira dan seni yang dihasilkan oleh Fahmi bukan satu bentuk jenayah.

“20 anggota polis datang untuk memecah pintu rumah Fahmi Reza petang ini dan membawanya ke IPD Dang Wangi. Satira bukan jenayah. Seni bukan jenayah,” kata Kelvin.

Petang semalam, Polis menangkap Fahmi di rumahnya dan dia dijangka akan dibawa ke mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini bagi permohonan reman di bawah Seksyen 11 Kanuan Prosedur Jenayah bagi siastan lanjut.

Fahmi sebelum ini memuatkan 100 buah lagu bertemakan dengki dengan wajah Raja Permaisuri Agung Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di laman sesawang muzik, Spotify.

Lagu-lagu tersebut dimuat naik menggunakan akaun ‘Kuasasiswa’ yang dimiliki oleh Fahmi.

Pada kepala laman tersebut terdapat poster gambar Tunku Azizah dengan perkataan ‘This Is Dengki Ke? Uncensored’ atau dalam bahasa Melayu ‘Ini Dengki Ke?’ Tidak ditapis’

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, pereka grafik itu disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Polis Diraja Malaysia telah menerima laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook Fahmi Reza yang didapati menghina Raja Permaisuri Agong.

“Suspek telah memuat naik satu hantaran dipautan Facebook yang mengandungi sekeping gambar Raja Permaisuri Agong berserta kenyataan berbunyi ‘This Is Dengki Ke? 100 dengki songs all in one playlist.

“Suspek turut memuat naik satu link di Spotify yang menyenaraikan lagu-lagu yang mengandungi perkataan ‘jealousy’ berserta gambar Raja Permaisuri Agong yang tertera perkataan ‘This Is Dengki Ke’,” katanya dalam satu kenyataan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here