Covid-19: SMK Seremban 2 tutup selama tujuh hari bermula hari ini

0
4
sekolah spm school

SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Seremban 2, Negeri Sembilan ditutup selama tujuh hari bermula hari ini hingga 29 April susulan 17 warganya disahkan positif Covid-19.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Rafie Ab Malek, berkata kesemua individu itu disahkan positif semalam selepas menjalani ujian saringan yang dijalankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 20 April lalu.

Susulan itu, katanya, Pejabat Kesihatan Daerah meminta Pejabat Pendidikan Daerah untuk menutup sekolah berkenaan dan ia telah dilaksanakan.

Dalam pada itu, beliau berkata, seramai 179 individu dari Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu dikuarantin di pusat kuarantin Institut Aminuddin Baki dan Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Nilai selepas tiga warganya disahkan positif Covid-19.

“Bagaimanapun, keadaan terkawal dan sekolah berkenaan tidak ditutup,” katanya dalam satu kenyataan. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here