Masjidlah antara tempat yang paling mematuhi SOP – Dr Maza

0
3

PENGURUSAN masjid yang dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Kawalan dan pencegahan Covid-19 sepatutnya diberi pertimbangan sewajarnya oleh pihak berkuasa, kata Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Menurutnya, ia kerana masjidlah antara tempat yang paling mematuhi SOP.

“Jika kita ke masjid, kita akan dapati secara umumnya masjidlah tempat yang paling mematuhi SOP dibandingkan tempat-tempat lain.

“Berita VVIP atau menteri langgar SOP biasa kita dengar. Bila masyarakat bising maka dilaporkan kertas siasatan dibuka.

“Kemudian kita sudah tidak dengar lagi berita seterusnya. Saya rasa pihak masjid lebih wajar mendapat pertimbangan yang sepatutnya sebelum didenda,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Beliau mengulas mengenai kes sebuah masjid di Pekan, Pahang dikompaun kerana melanggar SOP.

Kejadian adalah membabitkan Masjid Sri Maulana di Taman Sri Maulana, Pekan yang dikompaun RM10,000 kerana gagal menyediakan imbasan kod QR MySejahtera dan buku pendaftaran jemaah yang hadir.

Pengarah Jabatan Kesihatan Pahang, Datuk Dr Bahari Tok Muda Awang Ngah ketika mengesahkan perkara itu menjelaskan kompaun dikeluarkan berikutan masjid itu tidak mengikut SOP yang ditetapkan.

“Kompaun dikeluarkan supaya ia menjadi iktibar kepada masjid lain, malah pihak Masjid Sri Maulana sudah membuat bayaran kompaun itu dengan pengurangan 50 peratus,” katanya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/04/21/tak-patuh-sop-masjid-dikompaun-rm10000/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here