Penjawat awam Selangor dapat bantuan khas Aidilfitri

0
3

SEMUA anggota perkhidmatan kerajaan negeri Selangor bakal menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) 2021 sempena Aidilfitri tahun ini sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000.

Berita gembira itu diumumkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari dalam satu kenyataan hari ini.

“Sebagai penghargaan terhadap komitmen dan sumbangan para penjawat awam negeri Selangor, saya mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sempena Hari Raya Aidilfitri 1442H / 2021 sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000.

“Ia kepada semua penjawat awam negeri Selangor termasuk anggota perkhidmatan kerajaan negeri yang gajinya dibayar oleh Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan yang dikongsi di laman Facebooknya hari ini.

Menurutnya, anggaran implikasi kewangan BKK itu adalah sebanyak RM22.675 juta dan akan disalurkan pada 19 Mei 2021 (7 Syawal 1442H).

“Semoga komitmen dan usaha dapat ditingkatkan demi khidmat cemerlang kepada rakyat dan negeri yang tercinta ini,” katanya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/04/22/penjawat-awam-dapat-rm500-bantuan-khas-aidilfitri/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here