Kluster mahkamah: Umno mahu Bersatu hukum Muhammad Faiz

0
2

Nilam Oshman

KEPIMPINAN tertinggi Bersatu diminta mengambil tindakan terhadap Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu, Muhammad Faiz Na’aman susulan kenyataan ‘kluster binatang’ yang merujuk kepada beberapa pemimpin Umno.

Perkara itu dinyatakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Armand Azha Abu Hanifah ketika menyampaikan memorandum bantahan terhadap Muhammad Faiz di ibu pejabat Bersatu di Petaling Jaya hari ini.

Memorandum itu diterima seorang pegawai Muhammad Faiz di bangunan Yayasan Selangor.

“Namun, sekiranya tiada tindakan dikenakan terhadap Muhammad Faiz, ia bermaksud Bersatu tidak menghormati rakan seperjuangan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN),” katanya.

Armand Azha berkata Muhammad Faiz seharusnya menghormati pemimpin Umno dalam ‘kluster mahkamah’ kerana sokongan merekalah yang membolehkan kerajaan PN dibentuk lebih setahun lalu.

Mengulas laporan polis oleh Muhammad Faiz berhubung penyebaran nombor telefonnya kepada umum, Armand Azha berkata, sebagai pemimpin politik dan pejuang Umno, beliau tidak gentar terhadap tindakan Muhammad Faiz itu.

“Nak lapor, laporlah saya rela dipenjarakan demi perjuangan tapi saya tak rela perjuangan saya dipenjarakan… saya nak bagitahu Muhammad Faiz, pemimpin Umno tak takut dan tak gentar.

“Beliau harus bertanggungjawab di atas kenyataannya.. dia buat laporan polis mengatakan saya sebar nombor telefon beliau.. saya minta wartawan lihat di Facebooknya, semua nombor telefon beliau yang sebarkan sendiri,” katanya. – Malaysiapost.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here