Gol pertama selepas 2 tahun suntik semangat Syamim

0
2

SELEPAS dua tahun ketandusan jaringan, pemain tengah Melaka United FC (MUFC), Ahmad Syamim Yahya mengakui jaringannya ketika bertemu Selangor FC minggu lalu, membangkitkan semangatnya untuk terus beraksi cemerlang.

Mengakui prestasinya masih tidak menentu selepas mengharungi sembilan aksi Liga Super 2021, Syamim bertekad ingin terus memperbaiki kelemahan bagi membantu pasukan yang kini di tangga ketiga tercorot.

Musim kedua bersama Melaka, kali terakhir Syamim menjaringkan gol adalah pada 2019 ketika bersama Terengganu FC.

“Sememangnya jaringan minggu lalu beri semangat yang positif dan saya akan kerja dengan lebih keras untuk cuba meledak gol lagi selepas ini.

“Saya tidak menafikan prestasi saya ada turun naik, tetapi bersyukur masih diberi kepercayaan untuk berada dalam kesebelasan utama dan saya sentiasa berusaha keras untuk lebih konsisten.

“Untuk pasukan, perlawanan masih banyak lagi pada musim ini, jadi saya positif kita sempat perbaiki kedudukan dengan lebih baik,” katanya menerusi laporan yang disiarkan di Facebook Malaysian Football League (MFL).

Syamim berkata aksi menentang Perak FC Ahad ini baginya amat penting dalam usaha MUFC bangkit namun mengakui Perak masih lagi antara pasukan terbaik. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here