BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menulis seloka di Facebooknya dengan sindiran yang beliau menyokong darurat, atau derhaka kepada raja jika membantah.
Semalam Dr Mahathir bersama beberapa pemimpin pembangkang menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong meminta perkenan baginda supaya perisytiharan darurat itu ditamatkan.
Berikut adalah catatan terbaharu Ahli Parlimen Langkawi itu di Facebooknya yang disampaikan dalam bentuk seloka:
- Aku sokong darurat.
- Tidak sokong bermakna derhaka kepada Raja.
- Darurat diisytihar oleh Raja.
- Polis boleh tangkap dan soal.
- Mungkin tahan dan pakai baju oren.
- Itu undang-undang.
- Dan kita patuh kepada undang-undang – rule of law.
- Raja boleh peturun kuasa kepada siapa sahaja.
- Siapa-siapa sahaja.
- Mungkinkah Salleh Bongkok Teloi Kanan?
- Tak.
- Mungkin Mahiaddin. Nampak dia lah siapa sahaja.
- Kuasa tinggi. Boleh buat undang-undang sendiri.
- Boleh ketepi Perlembagaan.
- Boleh ketepi semua undang-undang.
- Kebal – tak boleh didakwa di mahkamah. Tak boleh di ada Parlimen kerana Parlimen digantung hidup-hidup.
- Siapa bantah undang-undang buatan satu orang ini. Boleh didenda 5 juta dan jel sepuluh tahun atau kedua-dua.
- Undang-undang fake news sudah lulus.
- Apa dia fake news.
- Yang benar adalah fake boleh tangkap.
- Yang fake adalah benar tak kena tangkap.
- Aku sokong darurat.

