Palsukan borang rentas negeri, 2 wanita ditahan

0
2

DUA wanita ditahan dalam sekatan jalan raya (SJR) Plaza Tol Bentong kelmarin, selepas pemeriksaan polis mendapati dokumen perjalanan rentas negeri dikemukakan meragukan dan disyaki palsu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata kedua-dua wanita warga tempatan berusia 22 tahun itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kuantan, Pahang.

“Pegawai dan anggota polis yang bertugas di SJR menahan kenderaan dinaiki wanita terbabit dan ketika diperiksa dokumen rentas negeri kedua-duanya didapati meragukan dan disyaki dipalsukan.

“Hasil siasatan awal polis juga percaya cop dan tandatangan Ketua Polis Balai yang meluluskan permit disyaki dipalsukan dan dipercayai dibuat secara ‘scan’ dan tulisan turut dipinda,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Surat rentas negeri yang disyaki dipalsukan

Menurutnya, pemeriksaan lanjut terhadap telefon bimbit milik seorang daripada wanita berkenaan mendapati ada salinan borang kosong rentas negeri yang siap ditandatangi dan dipercayai turut dipalsukan.

“Ujian saringan air kencing ke atas suspek dijalankan dan seorang daripadanya didapati positif dadah jenis ganja.

Surat rentas negeri yang disyaki dipalsukan

“Kes disiasat mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan kerana pemalsuan bagi maksud menipu dan Seksyen 471 Kanun Keseksaan kerana menggunakan surat pemalsuan sebagai tulen yang boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan,” katanya.

Zaiham berkata, suspek yang positif dadah pula turut disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Orang ramai yang hendak membuat perjalanan rentas negeri diingatkan tidak mengambil tindakan mengemukakan borang yang diubahsuai dengan niat memalsukan dokumen tersebut.

“Polis tidak akan teratak-agak untuk mengambil tindakan tegas,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan mengetatkan pemeriksaan di semua SJR antara negeri yang membabit sempadan Selangor dan Negeri Sembilan untuk memastikan penularan wabak Covid-19 di Pahang dapat dikawal memandangkan Tol Bentong adalah laluan Utama ke Pantai Timur khususnya dari Lembah Klang. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here