Murahnya hati Iram Naz, beri bonus raya RM10,000 kepada pekerja

0
1

MESKIPUN dihukum penjara sehari dan didenda RM2,500, instafamous Iram Naz Hafiz Sabir Muhammed sempat memberi habuan bonus RM10,000 kepada tiga orang pekerjanya.

Meninjau di laman Instagram miliknya, usahawan kosmetik itu bermurah hati memberi ganjaran tersebut sebagai bonus hari raya tahun ini.

Menurutnya, ganjaran itu sebagai menghargai usaha keras mereka sepanjang tempoh bekerja selama ini.

Turut dimuatkan gambar tiga pekerja Iram Naz yang tersenyum riang menerima durian runtuh yang tidak disangka-sangka itu.

Terdahulu Iram Naz 24, bersama suaminya, Azharique Shah Abdul Jalil, 23, telah dijatuhi hukuman penjara sehari dan didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan memberi maklumat bertulis palsu, bulan lalu.

Pasangan suami isteri itu itu telah merentas negeri ke Johor untuk ‘honeymoon’ yang kemudiannya memuat naikkan gambar mereka di media sosial kononnya pergi berbulan madu di suatu kawasan peranginan dan turut cuba memberi tip kepada netizen berkenaan cara-cara untuk merentas negeri.

Sebelum itu, pasangan tersebut telah hadir ke Balai Polis Wangsa Maju untuk memohon permit pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ke Johor Bahru atas urusan perniagaan dan mereka telah mengemukakan surat arahan menjalankan tugas oleh syarikat. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here