Nash cedera kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan

0
2

PENYANYI rock, Datuk Nashrudin Elias, 62, atau Nash cedera apabila terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan, petang tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim, kemalangan tersebut berlaku di Kilometer 250.8 (Arah Utara) kira-kira jam 4 petang.

Katanya, Nash mengalami kecederaan di bahagian muka dan mengadu sakit di dada dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban.

Kejadian berlaku apabila kenderaan yang dinaiki Nash iaitu jenis Toyota Harrier dipercayai terbabas sendiri dan tidak membabitkan kenderaan lain.

“Mangsa dalam perjalanan dari arah Johor ke Kuala Lumpur bersama pemandunya.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, kenderaan mangsa melanggar lopak air menyebabkan hilang kawalan lalu terbabas melanggar tembok penghadang jalan di sebelah kiri lebuh raya,” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia, hari ini.

Menurut Mohd. Said, pemandu kenderaan tersebut yang berumur 33 tahun pula mengalami kecederaan luka-luka ringan.

“Kes disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59 dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here