Nurul Huda Abhar
PEMILIK akaun Twitter, hahamimizah dikecam warganet selepas menuduh anakanda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.
Menerusi satu hantaran, dia mendakwa anakanda Yang di-Pertuan Agong tidak memakai pelitup muka semasa lawatan ke Pusat Sains Negara dan membawa beg tangan berjenama terkenal.
Setelah itu dia turut menyatakan rasa tidak puas hati dengan sistem undang-undang yang dikatakan melebihkan kerabat diraja.
Susulan itu, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, membalas ciapan tersebut menegaskan dakwaan tidak memakai pelitup mulut adalah tidak benar.
“Maaf, tapi kami semua pakai mask hari tu.
“Dan tiada di antara kami yang pakai beg Louis Vuitton (LV). Tolong jangan buat sebarang tuduhan,” tulisnya dalam ciapan tersebut.
Namun begitu, pemilik akaun tersebut sudah memadam hantaran berkenaan dan telah menukar akaunnya kepada “private”.
Rata-rata warganet menyelar tindakan tersebut dan ada juga yang meminta dia bersedia kerana bakal menerima tindakan undang-undang atas kesalahan menghina institusi diraja.
“Habislah, tau takut lepas tu delete. Sedap je dia cakap dengan maki bagai. Tapi dah terlambat, ada orang screen shot,” tulis Dayangku Badariah.
“Mesti perempuan tu tak lama lagi pakai baju ungu (lokap). Fikir dulu sebelum buat,” kata Alysya.Zaferi.
“Takut terus pivate account ye. Biadap tak kena tempat,” balas Athena.
“Ramai budak-budak sekarang tak tahu cara hormat orang lain. Lagi parah bila cakap buruk tentang kerabat diraja. Mereka perlu belajar adap,” kata Bobby Firmina.
“Perempuan tu sepatutnya kena ambil tindakan. Dia tak boleh sesuka hati menuduh kerabat diraja tanpa ada bukti,” ujar Heidi Sofia The First. – Malaysia Post

