Azmeer buka cawangan ketiga AY Barbershop

0
2

Muhammad Mustakim Ramli

Bekas tonggak pertahanan Kedah, Azmeer Yusof membuka cawangan ketiga perkhidmatan gunting rambut AY Barbershop dengan lokasi terbaru di Sungai Petani, Kedah, kelmarin.
Pembukaan rasmi cawangan yang terletak berhadapan Sekolah Kebangsaan Tunku Ismail Taman Intan dikongsi melalui akaun Facebook Azmeer Yusof 25.

Sebelum ini dua cawangan AY Barbershop di Alor Setar dan Kulim.

“Buat masa ini signboard or banner (papan tanda) AY BARBERSHOP dalam proses. Jadi utk mereka yg mencari boleh sahaja Waze SK TUNKU ISMAIL.

“Barbershop sebelah guard. Nampak pintu besi warna hitam itu lah dia. InsyaaAllah nanti kita tukar pintu tu pakai pintu kaca, for sure semua akan nampak,” katanya.

Azmeer berkata, beliau turut membingkaikan sehelai jersi yang dipakainya ketika aksi final Piala Malaysia 2019 menentang JDT.

“Di Ay Barbershop saya ada framekan sehelai jersi saya sewaktu saya bermain Final Malaysia Cup 2019. Ala…. yang saya injured seawal minit ke 11 tu.

“So sambil kerat rambut boleh bergambar sekali dgn jersi tu. Manalah tahu tuan-tuan pegang jersi tu satu hari nanti anak atau kaum kerabat tuan-tuan Allah pilih untuk mewakili Kedah satu hari nanti,” katanya.

Azmeer memaklumkan hasil perkhidmatan berkenaan akan digunakan untuk program amal membantu golongan memerlukan.

“Dengan kerendahan hati saya mohon semua orang mai support AY Barbershop agar kita dapat meningkatkan ekonomi Islam melalui zakat,” katanya.

Perkhidmatan yang ditawarkan Azmeer juga adalah percuma kepada golongan warga emas dan orang kurang upaya (OKU). -MalaysiaPost