Darurat: Tun M dakwa orang Melayu mula suarakan kemarahan

0
2

TUN Dr Mahathir Mohamad mendakwa orang Melayu sudah mula menyuarakan kemarahan kepada Raja-Raja Melayu susulan pelaksanaan darurat oleh kerajaan sehingga Parlimen tidak boleh bersidang.

Bekas Perdana Menteri itu mendakwa kemarahan itu akibat penderitaan mereka kerana negara diletakkan di bawah perintah darurat atas permintaan kerajaan untuk tujuan politik, bukan bagi memerangi Covid-19, lapor FMT.

“Kebiasaannya, orang Melayu sukar untuk (menentang institusi Raja), tetapi sudah ada tanda-tanda ke arah itu.

“Mungkin kerajaan tidak sampaikan maklumat cukup kepada Agong, kerana segalanya diletakkan di bahu Agong, apa juga tindakan (kerajaan) dikatakan atas arahan Agong, sebab itu rakyat sekarang tidak seperti biasa, mereka tidak senang dengan keadaan ini.

“Orang Melayu biasa tak derhaka kepada Raja. Tapi sekarang kita dapat ikuti (keluhan mereka) dalam media sosial.

“Adalah sesuatu yang tidak biasa untuk orang Melayu menentang Raja-Raja kami,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghantar permohonan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini.

Antara pemimpin pembangkang yang turut hadir ialah Presiden Penaja Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu serta Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here