JANGKITAN harian Covid-19 hari ini kekal melebihi angka 2,000 iaitu 2,341 kes, menjadikan jumlah kumulatif kini 379,473.
Kes baharu itu sekali gus menunjukkan kes jangkitan harian dalam negara sentiasa turun naik melebihi 2,000 kes sehari iaitu 2,551 kes pada Jumaat, 2,331 pada Sabtu, 2,195 kelmarin serta 2,078 kes semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Sarawak melaporkan jumlah jangkitan harian tertinggi iaitu 600 kes, diikuti Selangor (539), Kelantan (429), Kuala Lumpur (344) dan Johor (102).
Negeri-negeri yang mencatatkan kes di bawah 100 ialah Pulau Pinang (92), Sabah (82), Kedah (44), Perak (34), Melaka (19), Pahang dan Negeri Sembilan masing-masing 17 kes, Terengganu (15).
Putrajaya dan Perlis masing-masing tiga kes manakala Labuan satu kes. – Malaysiapost

