Port Dickson terus jadi pilihan Anwar

0
1

KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mempertahankan kerusi Parlimen Port Dickson pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presiden PKR itu mengakui selesa dengan suasana geopolitik Port Dickson dan membayangkan Parlimen itu akan terus menjadi pilihannya nanti

Bagaimanapun Anwar menyerahkan kepada parti untuk menentukan sama ada beliau bertanding di situ atau tempat lain.

“Sekarang hati ini sangkut di Port Dickson kerana ia senang, ‘convenient’ dan dah kenal,” katanya pada sidang media di Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson, menurut laporan Sinar Harian, hari ini.

Menurut Anwar, stigma dirinya dianggap “orang luar” juga tidak lagi timbul, malah kemesraannya dengan penduduk semakin erat dan baik.

“Saya tengok sambutan jauh lebih baik daripada dahulu, berbanding ketika saya bertanding dan sekarang, kemesraan (termasuk) di masjid dan surau, kemesraan itu sangat baik.

“Isu orang luar, sudah tak timbul lagi, ya ada kebenaran, orang takut kita jarang nak datang, tapi kini tidak lagi, lagipun Port Dickson dekat,” katanya.

Pada 2018, Anwar memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson dengan majoriti 23,560 undi selepas memperoleh 31,016 undi daripada 172 saluran, menewaskan enam pencabarnya iaitu calon PAS, Mohd Nazari Mokhtar, yang memperoleh 7,456 undi.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad yang bertanding atas tiket Bebas pula memperoleh 4,230 undi, manakala bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan mendapat 82 undi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here