INSTAFAMOUS Nadira Isaac yang mencetus kontroversi memuat naik gambar seksinya bersama Pencetus Ummah (PU) Amin tampil memohon maaf atas perbuatannya itu.
Menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, selain permohonan maaf, Nadira turut memohon orang ramai mendoakan dirinya kembali ke pangkal jalan.
“Saya telah padam hantaran itu sebagai menghormati PU Amin, saya juga memohon maaf kepada semua yang tersinggung terutamanya PU Amin dan orang ramai.
“Saya akan memperbaiki diri saya dari masa ke semasa dan meminta orang ramai mendoakan kami ke pangkal jalan,” tulisnya hari ini.
Terdahulu, sekeping gambar yang memaparkan PU Amin bersama dua wanita seksi dalam sebuah majlis tersebar meluas setelah ia dikongsi oleh seorang daripada wanita tersebut di dalam media sosialnya.
Tampil menjelaskan, Amin berkata, dia hadir ke majlis berbuka puasa itu sebagai tetamu jemputan untuk membacakan doa selain memberikan tazkirah maghrib sebelum segera pulang untuk menunaikan tanggungjawab sebagai imam di sebuah masjid.
Sementara itu, PU Amin menerusi hantaran Facebook miliknya turut meminta wanita itu memadamkan gambar mereka bersama di Instagram. – Malaysiapost
Artikel berkaitan :
https://malaysiapost.com.my/2021/04/19/pu-amin-anggap-tindakan-bergambar-dengan-wanita-seksi-tak-salah/

