Dua mukim di Mersing dikenakan PKP

0
2

DUA kawasan di Johor dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula esok iatu Mukim Endau dan Mukim Triang, Mersing.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini melaporkan situasi terkini kes Covid-19 di dua mukim terbabit berikutan penularan kes Kluster Kampung Air Batang di kedua-dua lokaliti itu.

“Sehingga kini, KKM melakukan 437 ujian saringan dan daripada jumlah itu 69 kes positif Covid-19 direkodkan, dengan 25 kes masih lagi aktif, manakala 29 lagi sampel ujian masih menunggu keputusan.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKP di Mukim Endau dan Mukim Triang, Mersing, Johor berkuat kuasa 20 April sehingga 3 Mei 2021,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pelaksanaan PKP di kedua-dua lokaliti itu diperlukan kerana masih terdapat kes baru dikesan walaupun telah melebihi dua tempoh inkubasi 28 hari serta mengelak penularan kes ke lokati lain.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan mengenai penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Murni C, Nabawan, Sabah.

“Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan PKPD di Kampung Murni C, Nabawan, yang dijadualkan tamat pada esok, 20 April 2021.

“Dalam tempoh tersebut, KKM telah melakukan 548 ujian saringan dan tujuh daripadanya disahkan positif Covid-19,” katanya.

Ismail Sabri berkata, KKM juga mengesahkan berlaku penurunan dan kluster adalah terkawal dengan kes terakhir direkodkan pada 13 April lalu iaitu satu kes manakala semua kes positif telah menerima rawatan dan kontak rapat juga diasingkan.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di Kampung Murni C, Nabawan, bermula seperti yang dijadualkan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here