Tindakan ‘anjing salakan’ Bersatu kurang ajar – Armand Azha

0
1

TINDAKAN Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Muhammad Faiz Na’aman yang menyifatkan ‘kluster mahkamah’ sebagai binatang politik yang mempergunakan Ketuanan Melayu untuk kepentingan peribadi, dianggap kurang ajar.

Perbuatan itu dikecam Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Armand Azha Abu Hanifah yang menyifatkan kenyataan berkenaan boleh mengakibat hura-hara politik negara.

Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Subang, mengibarat kenyataan Muhammad Faiz itu seperti seekor ‘anjing salakan politik’.

“Tindakan ‘barking dog’ MPT Bersatu Muhammad Faiz Na’aman amat memalukan dan dilihat kurang bijak walaupun akan ada menganggapnya sebagai hak dan kebebasan bersuara, namun demikian ia tidak wajar berlaku malah harus belajar menghormati kepimpinan Umno yang membantu membina kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Saya ingin minta Tan Sri Muhyiddin Yassin (Presiden Bersatu) mengambil tindakan atas keceluparan kenyataan yang beliau keluarkan.

“Anjing salakan ini harus faham dan terima kenyataan penubuhan PN adalah kerana sokongan Umno, tanpanya tidak mungkin Presiden Bersatu boleh jadi Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kepimpinan Umno kini semua meletakkan keutamaan untuk fokus memperkukuhkan ekonomi dan kebajikan rakyat yang diuji dengan pandemik Covid-19.

“Kepimpinan Umno menunjukan contoh yang baik pada rakyat dalam situasi terkini,” katanya.

Terdahulu, Muhammad Faiz dilaporkan menyifatkan ‘kluster mahkamah’ sebagai binatang politik yang mempergunakan Ketuanan Melayu untuk kepentingan peribadi.

Menurutnya, kluster mahkamah itu adalah sekelompok binatang politik (biasanya berumur) yang sudah terlalu lama menjadi ‘warlord’ dalam arena politik negara. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here