KES jangkitan Covid-19 di Malaysia terus berada di atas angka 2,000 buat hari kelima berturut-turut apabila 2,078 kes baharu dicatatkan hari ini.
Bagaimanapun ia menunjukkan trend penurunan daripada 2,551 kes pada Jumaat kepada 2,331 pada Sabtu dan 2,195 semalam.
Dengan pertambahan kes baharu hari ini, jumlah kes keseluruhan Covid-19 di negara ini terus meningkat kepada 377,132 kes, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).
Sarawak terus mencatatkan kes tertinggi iaitu 589, diikuti Selangor (457), Kelantan (290), Kuala Lumpur (153), Sabah (125) dan Johor (115).
Negeri-negeri di bawah 100 kes ialah Pulau Pinang dan Negeri Sembilan masing-masing 91 kes, Kedah (48), Perak (43), Pahang (32), Melaka (27), Terengganu (8), Labuan (6), Putrajaya (2) dan Perlis (1). – Malaysiapost

