Tukang masak tolak isteri dari tingkat 18, dituduh membunuh

0
2

SEORANG tukang masak dihadapkan ke Mahkamah Majistret Georgetown hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya di Ayer Itam, Pulau Pinang, minggu lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Danish Xavier Francis Xavier, 34, selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Jamaliah Abd Manap.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menolak isterinya dari tingkat 18 di Kondominium Bukit Awana, Jalan Bukit Kukus, Ayer Itam, lapor Kosmo.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira jam 12 tengah malam pada 10 April lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Yazid Mustakim, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah turut tidak membenarkan tertuduh diikat jamin sementara kes akan disebut semula pada 26 Jun ini bagi serahan dokumen.

Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita ditemui mati di atas bumbung bilik kabel suis Tenaga Nasional Berhad (TNB) di tingkat satu, Kondominium Bukit Awana.

Susulan penemuan mayat ejen insurans berusia 35 tahun itu, polis menahan suaminya yang kemudian mengaku menolak mangsa menerusi tingkap kediaman mereka di tingkat 18 kondominium terbabit. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here