Jangkitan Covid-19 meningkat 45 peratus

0
2

MENTERI Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan jangkitan Covid-19 dikesan meningkat sehingga 45 peratus pada minggu ini.

Beliau berkata, peningkatan itu berbanding minggu ke-14 tahun ini, dengan purata kes pada minggu ke-15 sebanyak 1,963 kes.

“Data yang kita dapati pada 17 April mendapati sebanyak 372,859 kumulatif kes Covid-19 dilaporkan dan pada minggu ke-15 sahaja, sebanyak 13,742 kes dilaporkan.

“Unjuran 45 peratus peningkatan kes berlaku berbanding minggu ke-14,” katanya dalam sidang media mingguan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19, hari ini.

Dr Adham berkata, peningkatan kes Covid-19 itu dikesan berlaku sejak tiga minggu lalu, iaitu bermula pada minggu ke-12 tahun ini.

Sementara itu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, lebih 2.25 juta dos vaksin Pfizer-BioNTech serta Sinovac akan tiba di Malaysia bulan ini dan Mei depan.

Khairy berkata, ia bagi menampung pelaksanaan fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Katanya, tiga siri penghantaran bekalan vaksin Pfizer-BioNTech terbabit dijangka tiba di Malaysia, minggu ini.

“Bekalan tambahan pertama dijadualkan tiba pada Rabu ini membabitkan sejumlah 128,700 dos, diikuti 36,270 dos pada Khamis dan 12,870 dos Jumaat ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here