Siasat segera Zeti Akhtar – Zamil

0
1

KELAB Pendokong Penyatuan Ummah Malaysia (KPPUM) meminta polis menyiasat satu laporan yang dibuat di Kelantan berkaitan bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

Ia susulan laporan polis oleh Presiden Kelab Naib-Naib Ketua Umno Bahagian Kelantan, Datuk Hashim Ismail berhubung dakwaan Zeti membocor dan mendedahkan maklumat melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Laporan dibuat merujuk kepada laporan Malaysiakini baru-baru ini yang Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau ada berhubung dengan Zeti sejak Najib masih lagi menjadi Perdana Menteri.

Timbalan Presiden KPPUM, Zamil Ibrahim berkata dalam laporan oleh portal berkenaan, Dr Mahathir dilaporkan berkata Zeti tahu mengenai jumlah wang luar biasa di dalam akaun bank Najib dan mahu mengambil tindakan ke atas bekas Perdana Menteri itu, tetapi rancangan berkenaan gagal direalisasikan.

“Laporan polis yang kita buat di IPD Pengkalan Chepa Kota Bharu menjerumus kepada Zeti Aziz mengkhianati kerajaan Malaysia ketika itu.

“Justeru diminta pihak polis menyiasat perkara ini kerana berkaitan pengkhianatan,” katanya menerusi kenyataan hari ini. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/04/16/kes-1mdb-polis-sahkan-panggil-suami-anak-zeti/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here