KES jangkitan Covid-19 di Malaysia terus berada di atas angka 2,000 buat hari keempat berturut-turut apabila 2,195 kes baharu dicatatkan hari ini.
Ia menjadikan jumlah kes keseluruhan wabak Covid-19 di negara ini terus meningkat kepada 375,054 kes, menurut Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.
Sarawak mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 508, diikuti Selangor dengan 431, Johor (387), Kelantan (332), Kuala Lumpur (176) dan Sabah (112).
Negeri-negeri di bawah 100 kes ialah Pulau Pinang (84), Negeri Sembilan (42), Perak (35),
Kedah (30), Terengganu (16), Melaka dan Pahang masing-masing 15 kes, Labuan (6), manakala Putrajaya dan Perlis masing-masing tiga kes. – Malaysiapost

