SUSPEK utama yang mendera dan membelasah dua pengawal peribadi kerana berpuasa Selasa lalu, direman selama lima hari untuk membantu siasatan.
Perintah tahanan reman terhadap lelaki berusia 43 tahun itu dikeluarkan oleh Mahkamah Klang pagi tadi.
Majistret Nur Atikah Zakaria yang mendengar permohonan pegawai penyiasat Inspektor Ganes membenarkan suspek direman sehingga 22 April ini.
Terdahulu suspek yang memakai baju kemeja biru dan berseluar putih dibawa keluar dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan kira-kira jam 9.50 pagi tadi.
Selasa lalu, dua pengawal peribadi dipukul dengan sebatang rotan dan diacukan pistol oleh majikan mereka yang didakwa tidak suka kedua-duanya menunaikan puasa. – Malaysiapost

