Kes baharu Covid-19 2,331, Selangor tertinggi

0
2
grafik

JANGKITAN baharu Covid-19 terus berada dalam keadaan membimbangkan dengan mencatatkan jumlah 2,331 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah kes jangkitan baharu itu menjadikan secara kumulatif kes Covid-19 di negara ini adalah 372,859 kes.

Menurutnya, Selangor merekodkan jangkitan harian baru tertinggi iaitu 751 kes atau 123,158 kes secara kumulatif.

“Ini diikuti Sarawak 512 kes (23,432 kes), Kuala Lumpur 252 kes (39,916 kes), Kelantan 225 kes (8,116 kes) dan Sabah 163 kes (56,673 kes).

“Pulau Pinang mencatatkan 116 kes (18,200 kes), manakala Johor 100 kes (42,929 kes), Negeri Sembilan 89 kes (17,873 kes), Kedah 45 kes (9,051 kes) dan Perak 42 kes (14,026 kes),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Pahang pula merekodkan 20 kes (4,680 kes), Melaka sembilan kes (6,887 kes).

Manakala, Putrajaya empat kes baru (1,272 kes), Labuan dengan dua kes (2,421 kes), Perlis satu jangkitan baru (346 kes) dan Terengganu tiada kes baru (3,879 kes). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here