Suami terjun ke laut selamatkan isteri

0
2

SEORANG suami sanggup mempertaruhkan nyawa untuk menyelamatkan isterinya selepas wanita itu bertindak terjun ke dalam laut dari Jambatan Pulau Pinang.

Kejadian itu disaksikan anak pasangan itu yang melihat pertengkaran ibu bapanya sebelum kedua-duanya terjun ke dalam laut.

Dipercayai anak lelaki pasangan terbabit dilaporkan menahan pemandu kereta lain meminta bantuan, seperti yang dilaporkan FMT.

Pegawai Bomba Kanan (PBK) II dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai, Mohd Azizul Alim berkata, dalam kejadian kira-kira 4.30 petang tadi, pihaknya mendapati mangsa telah diselamatkan oleh suaminya sebelum jentera bomba tiba.

Berdasarkan laporan, pasukan bomba berjaya memujuk mangsa yang mengancam membunuh diri serta menenangkannya sebelum dibawa ke tempat selamat.

“Anggota bomba turun menggunakan kaedah ‘rappelling’ untuk memujuk dan menenangkan mangsa.

“Mangsa dan suaminya dibawa ke Jeti Batu Uban menggunakan bot nelayan dengan iringan polis marin,” kata Azizul dalam kenyataan.

Katanya, operasi yang dijalankan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai itu tamat sepenuhnya jam 6.18 petang dan mangsa difahamkan telah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Terdahulu, tular di media sosial berkenaan seorang kanak-kanak yang menahan pemandu di Jambatan Pulau Pinang untuk memohon bantuan selepas ibu dan bapanya terjun ke laut. Orang awam kemudian menghubungi talian kecemasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here