Trending di Twitter #KerajaanGagal, adakah rakyat sedang marah?

0
1

KEMARAHAN rakyat yang tidak berpuas hati dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) kian memuncak hari ini.

Tinjauan di laman sosial Twitter menunjukkan trending perkataan #KerajaanGagal.

Ia menjadi trending susulan netizen tidak berpuas hati terhadap cara kerajaan menangani pandemik Covid-19 yang kembali mencatatkan jangkitan baru sehingga mencecah ke angka 2,551.

Lebih mudah difahami, rata-rata netizen menghamburkan kerisauan mereka kerana khuatir tidak dapat pulang ke kampung berhari raya untuk dua tahun berturut-turut sekiranya jangkitan Covid-19 terus menunjukkan peningkatan.

Malah, ada juga netizen mempersoalkan dan bersetuju dengan kenyataan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa pelaksanaan proklamasi darurat selama tiga bulan ini gagal membendung ancaman Covid-19.

Semalam, Najib mempersoalkan keberkesanan pelaksanaan proklamasi darurat diambil oleh kerajaan bermula 13 Januari lalu.

“Apakah ia berkesan? Adakah pelaksanaan darurat berjaya menghentikan penularan Covid-19?

“Malah, kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt diberi Kementerian Kesihatan (KKM) juga naik lagi ke 1.09 (di atas paras neutral 1.00) semalam – iaitu petunjuk bahawa jumlah jangkitan baru adalah dalam trend menaik,” katanya.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, keadaan berkenaan jelas membuktikan pelaksanaan darurat tidak berjaya menghentikan penularan Covid dan harapan mencapai sasaran jumlah kes turun ke dua angka pada Mei semakin malap.

“Adalah kesilapan besar apabila kerajaan PN degil untuk melaksanakan PKP yang singkat, tapi amat ketat tanpa kelonggaran, sebaliknya memilih untuk membuat PKP separuh masak dengan segala kelonggaran bagi kilang, Ikea, shopping mall, Victoria’s Secret, kedai emas dan sebagainya pula pada permulaan PKP 2.0,” sindirnya.

Najib berkata, akibatnya kini kebenaran untuk merentas negeri sempena Aidilfitri semakin menjadi tanda tanya besar. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here