Agihan kerusi PAS-Umno: Bukan dihentikan tapi tangguh – Hadi

0
2

RUNDINGAN berhubung pembahagian kerusi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan Umno bukan diberhentikan tetapi ditangguh, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, PAS buat buat masa ini hanya membincangkan perkara berkenaan dengan Bersatu.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, Umno perlu mempunyai hala tuju jelas dan menyelesaikan kemelut dalamannya terlebih dahulu sebelum rundingan mengenai pembahagian kerusi PRU15 diteruskan.

“Ia (rundingan) masih di peringkat awal. Dengan Umno kita masih ada hubungan, cuma Umno dia masih ada masalah lagi, biar dia selesaikan masalah dia dahulu.

“Kita tidak hentikan rundingan dengan Umno, cuma tangguh. Jadi kita tunggulah Umno selesaikan masalah dahulu, dan kita ambil peluang ini (berunding) dengan Bersatu dahulu,” katanya.

Beliau membuat kenyataan itu ketika ditemui media selepas menyampaikan Kuliah Dhuha Jumaat dan disiarkan di laman Facebooknya, hari ini.

Sebelum ini, Abdul Hadi berkata, PAS telah menghantar wakil untuk berunding dengan Bersatu berkenaan pembahagian kerusi dan perbincangan dengan Umno, ditangguh buat seketika ekoran parti tersebut masih berdepan krisis dalaman.

Sementara itu, Abdul Hadi juga menegaskan Majlis Syura Ulama PAS telah memutuskan bahawa parti itu dibenarkan bekerjasama dengan mana-mana parti politik khususnya parti berasaskan Melayu dan Islam.

“Parti politik bukan Islam yang tidak ekstrem pun kitab oleh bekerjasama. Namun Melayu yang liberal kita tolak,” katanya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :
https://malaysiapost.com.my/2021/03/17/lompat-parti-bukan-masalah-bagi-pas-abdul-hadi/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here